Auto Added by WPeMatico

![]()
SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan hubungannya dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) seakan-akan sudah ‘diceraikan’, sambil menegaskan beliau bukan pihak yang membuat keputusan tersebut.
Beliau berkata demikian secara berseloroh ketika mengulas perkembangan politik semasa, dengan menggunakan analogi perceraian bagi menggambarkan situasi itu.
“UMNO yang ‘ceraikan’ saya…talak satu, dua, tiga,” katanya sambil bergurau, sebelum menjelaskan perkara itu terpulang kepada pucuk pimpinan parti.
Walaupun berdepan keadaan itu, Aminuddin menegaskan beliau kekal tenang dan masih mampu tersenyum, selain menyerahkan segala ketentuan kepada Allah SWT.
“Saya masih boleh senyum. Kita serahkan semuanya kepada Allah SWT. Apa sahaja keputusan selepas ini adalah hak-Nya,” katanya.
Menurutnya, perkara berkenaan bergantung kepada pucuk pimpinan dan beliau tidak mahu mencampuri keputusan di peringkat tersebut.-KOSMO! ONLINE.
The post Bukan saya yang minta ‘cerai’ – Aminuddin appeared first on Kosmo Digital.
