Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Seorang remaja meluahkan rasa terkilan apabila ibunya bertindak mendiamkan diri selama tiga hari selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperolehnya tidak mencapai jangkaan keluarga.
Menurut pelajar berusia 18 tahun itu, dia berasa sedih dan tertekan apabila keputusan yang diraih tanpa sebarang gred A dianggap mengecewakan, meskipun telah berusaha sebaik mungkin sepanjang tempoh pembelajaran.
“Saya sudah cuba yang terbaik, tetapi mungkin bukan rezeki saya untuk dapat A. Saya hanya peroleh 3B, 3C, 1D dan 1E. Sejak keputusan diumumkan, ibu langsung tidak bercakap dengan saya,” katanya dalam satu luahan di Threads hari ini.
Tambahnya, situasi tersebut menyebabkan suasana di rumah menjadi tegang dan menjejaskan emosinya.
“Saya faham ibu mungkin kecewa, tambah lagi saya anak sulung lelaki dan jadi harapan selepas pemergian arwah ayah, tetapi cara ini buat saya rasa seperti tidak dihargai. Saya juga manusia biasa yang ada kelemahan,” luahnya.
Perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai di media sosial dengan sebahagian netizen menzahirkan simpati serta menasihati ibu bapa agar lebih memahami tekanan yang dihadapi anak-anak.
“Anak sudah berusaha, itu yang lebih penting. Jangan hukum mereka hanya kerana keputusan tidak seperti diharapkan,” kata Rozel.
“Percayalah pada anak, mereka mungkin tak sehebat orang lain di peringkat sekolah, tapi dalam dunia kerja, mereka la paling kuat bertahan,” komen Fadzli.
“Moga adik mampu buktikan adik juga akan berjaya selepas ini, mungkin kecewa ibu tu adi bagi la masa sikit, tapi jangan berhenti berusaha untuk banggakan keluarga,” kata pengguna lain. – KOSMO! ONLINE
The post Sudah 3 hari tak bertegur, kecewa anak tiada A SPM appeared first on Kosmo Digital.
