Auto Added by WPeMatico

KLANG – Seorang lelaki yang maut di hadapan sebuah kedai motosikal di Taman Meru Utama, Meru di sini, Jumaat lalu dipercayai ditembak di kepala.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa berusia 46 tahun mengalami kecederaan teruk di bahagian itu.
“Namun, jumlah das tembakan yang dilepaskan belum dapat disahkan ketika ini.
“Selain itu, motif sebenar kejadian itu juga masih dalam siasatan lanjut,” katanya hari ini.
Tambah beliau, seramai 11 individu telah direkodkan keterangan bagi membantu siasatan setakat ini.
“Usaha memburu suspek terlibat masih sedang giat dijalankan dan Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE
The post Lelaki maut di depan kedai motosikal akibat tembakan di kepala appeared first on Kosmo Digital.