Auto Added by WPeMatico
Ada drama sebelum Syed Saddiq bebas

![]()
PUTRAJAYA – Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin menambah debaran hadirin di Mahkamah Persekutuan apabila menyelitkan jenaka ketika memberi respond ketika keputusan terikat 1-1 daripada hakim yang bersidang.
Suasana penuh debaran menyelubungi mahkamah apabila panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais bersama dua lagi Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah mengeluarkan berbeza pendapat dalam penghakiman mereka.
Terdahulu, Hakim Abu Bakar dan Hakim Che Mohd. Ruzima mengemukakan pandangan yang bertentangan terhadap pertuduhan Syed Saddiq sekali gus meletakkan tanggungjawab membuat keputusan muktamad kepada Hakim Collin Lawrence.
Usai itu, pendakwaan yang diwakili Wan Shaharuddin kemudian memberikan respon yang diselitkan dengan sedikit jenaka dengan berkata, “Saya nak pergi tandas,” sebelum Hakim Abu Bakar mengulas bahawa pihak pendakwaan ‘mengekalkan suasana debaran’ itu.
Prosiding itu membuatkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kekal dibebaskan atas empat pertuduhan berhubung dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Ia selepas kes itu mendapat keputusan majoriti 2-1 oleh hakim yang bersidang. – KOSMO! ONLINE
The post Ada drama sebelum Syed Saddiq bebas appeared first on Kosmo Digital.
