Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju dengan cadangan dasar pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri selama 10 tahun sebagai usaha memperkukuh prinsip akauntabiliti, semak dan imbang serta tadbir urus berteraskan Perlembagaan Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat mingguan Jemaah Menteri, semalam.
Jelas beliau, keputusan itu dibuat selepas Jemaah Menteri meneliti secara menyeluruh input dasar, pandangan awam serta syor-syor yang dikemukakan melalui sesi libat urus holistik dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan.
“Cadangan pengehadan tempoh jawatan ini bertujuan untuk mengelakkan penumpuan kuasa berlebihan, memperkukuh sistem demokrasi serta meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap institusi kepimpinan negara.
“Ia juga selaras dengan amalan demokrasi matang di peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Azalina berkata, kerajaan juga akan melaksanakan beberapa pindaan yang berkaitan kepada Perlembagaan Persekutuan dan akan dibentangkan di Parlimen pada sidang kali ini juga. – KOSMO! ONLINE
The post Tempoh jawatan Perdana Menteri dihadkan 10 tahun appeared first on Kosmo Digital.

