Auto Added by WPeMatico
‘Sepatutnya letak jawatan menteri sekali’

PETALING JAYA – “Sepatutnya letak jawatan menteri sekali,” kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.
Beliau mengulas keputusan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meninggalkan UMNO.
Dr. Muhamad Akmal berkata, beliau berharap Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menerima permohonan Tengku Zafrul untuk menyertai parti berkenaan.
“Kepada PKR, moga boleh menerima permohonan masuk Tengku Zafrul ke dalam keadilan dan seterusnya boleh menjadi bukti betapa ‘setianya’ persahabatan antara UMNO dan PKR.
“Orang UMNO terlalu gembira dengan berita ini. Datang tidak diundang, pergi pun tidak dikesali. UMNO parti kita semua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Tengku Zafrul mengumumkan peletakan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja serta keahliannya dalam parti UMNO.
Beliau dipetik sebagai berkata, surat peletakan jawatan tersebut telah dihantar kepada pucuk pimpinan UMNO.
Tengku Zafrul turut mengumumkan hasrat menyertai PKR dan perkara itu telah diberitahu kepada Presiden dan Setiausaha Agung PKR. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Sepatutnya letak jawatan menteri sekali’ appeared first on Kosmo Digital.