Auto Added by WPeMatico

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan beratus-ratus bangkai ikan terapung di pinggir Tasik Danau Toba, wilayah Sumatera Utara, lapor laman berita Detik semalam.
Dalam video tersebut, ikan-ikan berwarna merah itu memenuhi permukaan tasik.
“Tasik Danau Toba, ikan-ikan naik ke permukaan disebabkan airnya yang kotor.
“Berkemungkinan ikan-ikan ini tidak mendapat oksigen di dasar tasik. Apa apa di bawah sana?” kata keterangan video yang dimuat naik.
Sementara itu, menurut Ketua Unit Kualiti Air Tasik Toba di Pejabat Alam Sekitar dan Perhutanan Sumatera Utara, Abner Tarigan, jumlah kematian ikan yang banyak itu berpunca daripada keadaan air keruh di Danau Toba.
Jelasnya, keadaan itu berpunca daripada lumpur yang naik ke permukaan.
“Ombak besar menyebabkan lumpur sehingga mengakibatkan ikan mati,” kata Abner. – AGENSI
The post Ratusan bangkai ikan terapung di tasik appeared first on Kosmo Digital.