Auto Added by WPeMatico

![]()
HULU TERENGGANU – Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan dakwaan memperkosa seorang gadis berumur 16 tahun di daerah ini semalam.
Rahsia tersebut terbongkar selepas mangsa disahkan hamil enam minggu selepas menjalani pemeriksaan di sebuah klinik kesihatan di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, suspek ditahan berikutan laporan dibuat berhubung kes rogol itu pada pukul 12.28 tengah hari.
“Laporan itu dibuat pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa. Pemeriksaan mengesahkan mangsa sedang hamil dengan usia kandungannya enam minggu,” katanya di sini hari ini.
Sharudin berkata, gadis berkenaan kemudiannya telah dirujuk untuk menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Hulu Terengganu di sini, manakala remaja lelaki terbabit ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE
The post Remaja 18 tahun dicekup selepas gadis 16 tahun disahkan hamil appeared first on Kosmo Digital.
