Auto Added by WPeMatico

GERGASI Brazil, Flamengo membawa dendam lama ke pentas Piala Dunia Kelab FIFA 2025 apabila tampil dengan misi jelas iaitu untuk menebus kekecewaan edisi 2019.
Ketika itu, harapan untuk menjulang trofi Piala Kelab Dunia musnah di pentas final selepas tewas tipis 0-1 kepada Liverpool dalam aksi dramatik di Doha, Qatar.
Kini dengan barisan pemain yang lebih matang dan rekod lebih gah, skuad Mengão kembali sebagai antara enam wakil terbaik benua Amerika Selatan (CONMEBOL) hasil kejayaan menawan Copa Libertadores 2022.
Didokong kira-kira 50 juta penyokong setia di seluruh dunia, Flamengo bukan sahaja kelab paling popular di Brazil, malah antara yang terkaya serta memiliki nilai pasaran tertinggi di negara itu.
Dari segi reputasi domestik, Flamengo sudah mengumpul tujuh gelaran Serie A Brazil dan hanya Palmeiras dan Santos memiliki gelaran terbanyak berbanding pasukan itu sepanjang zaman.
Bagaimanapun, cabaran menjelang musim ini bukan mudah dan persiapan pasukan sedikit terganggu apabila ramai pemain utama terpaksa melapor diri bersama skuad kebangsaan masing-masing untuk tugasan antarabangsa.
Lebih membimbangkan, Flamengo hanya mempunyai empat hari untuk bersiap selepas menyesuaikan semula jadual perlawanan liga dan meredah perjalanan jauh dari Brazil, sekali gus menyulitkan persiapan taktikal pasukan.
Namun, harapan tetap disandarkan kepada penyerang utama, Pedro yang kini kembali menemui sentuhan berbisa selepas pulih daripada kecederaan lutut musim lalu.
Dalam tempoh kurang 500 minit permainan, Pedro telah meledak lima gol dan mencipta dua bantuan jaringan.
Sejak tiga musim lalu, rekodnya bersama Flamengo amat mengagumkan iaitu 94 gol dicetak dalam semua kejohanan.
KUMPULAN D
PASUKAN: Flamengo (Brazil)
NAMA GELARAN: Mengão
JURULATIH: Filipe Luís
KAPTEN: Gerson Santos da Silva
TIKET KELAYAKAN: Juara Libertadores 2022
The post CWC: Flamengo impi tebus kecewa 2019 appeared first on Kosmo Digital.