Auto Added by WPeMatico

![]()
MUNICH – Bayern Munich dilaporkan tidak berminat untuk mendapatkan khidmat Marcus Rashford walaupun gagal memburu sasaran utama pasukan, Anthony Gordon pada jendela perpindahan musim panas yang akan dibuka pada bulan depan.
Menurut laporan media Jerman, nama Rashford langsung tidak berada dalam senarai pendek Bayern yang ketika ini giat mencari pemain sayap kiri baharu.
Sebagai rekod, Rashford yang kini dipinjamkan ke Barcelona dijangka kembali ke Manchester United selepas saingan musim ini berakhir.
Sementara itu, Bayern meletakkan Gordon sebagai sasaran utama tetapi bergelut untuk melakukan rundingan kerana tanda harga €92.6 juta (RM431.11 juta) yang diletakkan oleh Newcastle United dianggap terlalu mahal.
Pemerhati bola sepak Jerman, Christian Falk menjelaskan hanya Gordon yang menjadi pilihan skuad kendalian Vincent Kompany itu meskipun pernah cuba menandatangani Rashford pada tahun lalu.
“Gordon ada ejen di Jerman yang memudahkan urusan Bayern tetapi yang menjadi penghalang adalah harganya terlalu mahal sedangkan bajet pasukan sekitar €69.4 juta (RM323.3).
“Jika rundingan untuk dapatkan Gordon gagal, Bayern masih ada pilihan alternatif tetapi malangnya Rashford tiada dalam senarai tersebut,” katanya. – AGENSI
The post Bayern tak minat ikat pemain Man. United appeared first on Kosmo Digital.
