Auto Added by WPeMatico


PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) petang ini mengeluarkan amaran ribut petir di 9 negeri petang ini.
MetMalaysia dalam laporannya berkata, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 7 malam nanti.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di seluruh Kelantan manakala Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.
“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Pahang di daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Temerloh sementara di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Seremban dan Port Dickson,” katanya di sini hari ini.
Selain itu, amaran ribut petir juga diramalkan melanda seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya.
Turut terlibat, Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Mukah), Bintulu, Miri dan Limbang.
“Sementara itu, di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau, Sandakan dan Kudat,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Hujan lebat, angin kencang landa 9 negeri appeared first on Kosmo Digital.
 

 
 
 
 
 
 