Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – CTRM Testing Laboratory Sdn. Bhd. (CTRMTL), anak syarikat Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. telah menandatangani Perjanjian Tahap Perkhidmatan jangka panjang dengan Skyways Technics Asia Sdn. Bhd. untuk meningkatkan keupayaan penyelenggaraan dan pembaikan (MRO) pesawat di rantau Asia Pasifik.
Perkongsian itu adalah untuk pembaikan radom, iaitu kon hidung pesawat yang melindungi radar dan sistem komunikasi.
Di bawah perjanjian ini, Skyways Technics Asia, yang merupakan sebahagian daripada penyedia perkhidmatan MRO global Skyways Technics, akan menggunakan kemudahan autoklaf CTRM dan kepakaran pembaikan komposit untuk membolehkan pembaikan ini dijalankan di peringkat tempatan.
Ia membolehkan masa pemulihan yang lebih pantas, kecekapan kos lebih baik dan mengurangkan pergantungan pada perkhidmatan luar negara, seterusnya menyokong matlamat Malaysia untuk menjadi lebih berdikari dalam MRO aeroangkasa serta mengukuhkan rantaian bekalan aeroangkasa Asia Pasifik.
Radom diperbuat daripada hampir 30 lapisan bahan pra-penyerapan berlamina dalam struktur sarang lebah yang memerlukan peralatan serta kepakaran khusus untuk diselenggara, dan pemeriksaan berkala penting untuk memenuhi piawaian keselamatan penerbangan.
Ketua Pegawai Eksekutif Skyways Technics, Benjamin Nielsen berkata, kerjasama CTRM memberikan pihaknya akses kepada kemudahan canggih dan juruteknik mahir.
“Kini kami boleh menawarkan pembaikan radom yang lebih pantas dan kos efektif kepada pelanggan kami di seluruh Asia,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Kerjasama CTRM, Skyways Technics Asia perkukuh servis MRO serantau appeared first on Kosmo Digital.