Auto Added by WPeMatico

DUNGUN – Seorang wanita dan bayi perempuannya berusia 18 bulan maut, manakala empat lagi ahli keluarga mereka cedera setelah kereta jenis Honda Civic dinaiki terlibat dalam kemalangan sebelum terjunam ke dalam gaung di Felda Gugusan Rasau Kerteh, di sini, semalam.
Dalam kemalangan pada pukul 6 petang itu, Nur Suhailla Azman, 25, dan anak bongsunya, Nur Aira Humaira Mohamad Sharool meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.
Nur Suhailla meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Nur Aira Humaira pula sewaktu menerima rawatan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya di sini.
Ibu mentua Nur Suhailla, Timah Mohamad, 73, dan abang iparnya, Ruzaimi Abd Rashid, 48, pula cedera parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.
Suami wanita itu, Mohammad Sharool Nizam Hamzah, 32, dan anak sulung mereka, Nur Aisya Humaira, 3, hanya mengalami kecederaan ringan.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, sewaktu kejadian, mereka enam beranak dikatakan dalam perjalanan pulang rumah Timah di Felda Kerteh 4, di sini setelah membeli barangan dapur di pusat bandar Dungun.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Honda Civic dipandu Mohamad Sharool dikatakan tiba-tibat hilang kawalan sebelum terbabas lalu terhumban ke dalam gaung.
“Impak pelanggaran itu menyebabkan beberapa mangsa telah tercampak keluar dari kenderaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Ibu, bayi 18 bulan maut, Honda Civic jatuh gaung appeared first on Kosmo Digital.