Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Aksi serba tidak menjadi ditampilkan beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun ketika tersingkir di pusingan kedua pada Kejohanan Badminton China Masters.
Pada perlawanan yang berlangsung di Shenzhen Arena sebentar tadi, pilihan kelima kejohanan itu terpaksa akur tewas 10-21, 23-21, 14-21 kepada Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana dari Indonesia.
Biarpun turun sebagai pemain pilihan, namun gandingan No.8 dunia itu menampilkan aksi bawah paras sebenar sebelum akur tewas menerusi aksi tiga set dalam tempoh 58 minit.
Kesilapan-kesilapan mudah yang dilakukan juara Malaysia Masters itu menyaksikan Carnando-Maulana menguasai sebahagian besar perlawanan tersebut.
Sebagai rekod, ini merupakan kali kedua berturut-turut Wei Chong-Kai Wun tersingkir di pusingan kedua selepas turut mengalaminya pada Terbuka Hong Kong minggu lalu.
Menjelang aksi suku akhir esok, Carnando-Maulana akan membuat perhitungan dengan satu lagi beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Sementara itu, beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah yang meneruskan kemaraan ke suku akhir akan bertemu wakil Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee.
Naib juara dunia itu terus menggalas misi di China Masters selepas mudah membenam beregu Amerika Syarikat, Francesca Corbett-Jennie Gai 21-11, 21-8 hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post China Masters: Wei Chong-Kai Wun kempunan ke suku akhir appeared first on Kosmo Digital.