Auto Added by WPeMatico

![]()
JAKARTA – Seorang lelaki di Ogan Ilir, wilayah Sumatera Selatan ditahan selepas memukul isterinya gara-gara cemburu dengan tindakan mangsa yang sering memuat naik gambar di platform Facebook, lapor portal berita IDN Times.
Kejadian berlaku di Pemulutan Selatan pada 30 Oktober lalu.
Situasi itu tercetus apabila suspek dikenali sebagai MN, 53, kerap melihat isterinya memuat naik gambar di Facebook dan meminta mangsa untuk tidak berbuat sedemikian.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Ogan Ilir, Asisten Komisioner Mukhlis berkata, MN cuba merampas telefon bimbit isterinya untuk diperiksa tetapi ditolak.
“Pertengkaran bertukar menjadi keganasan fizikal di mana mangsa dipukul berulang kali sehingga dia mengalami lebam,” kata Mukhlis sambil menambah, suspek mengaku berasa cemburu dan curiga terhadap tindak-tanduk isterinya.
Dia ditahan di Unit Siasatan Jenayah Polis Ogan Ilir dan berdepan hukuman penjara selama 15 tahun. – AGENSI
The post Suami belasah isteri, cemburu kerap muat naik gambar di Facebook appeared first on Kosmo Digital.