Auto Added by WPeMatico

PUTRAJAYA- Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan bagi dua tajuk penerbitan melalui warta kerajaan iatu Chase Me dan Ammar Zahrain: The Obsessive Husband kuasa pada 1 dan 3 Julai 2025.
KDN berkata, Perintah Larangan itu merupakan satu mekanisme kawalan dan pencegahan sebelum suatu ancaman atau kemudaratan itu berlaku.
“Menerusi penerbitan bertajuk Chase Me oleh Tessa Bailey, ia dibuat melalui Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No. 13) 2025 (P.U.(A) 203) berkuat kuasa 1 Julai kerana mungkin memudaratkan kemoralan.
“Ammar Zahrain: The Obsessive Husband oleh Nssignature melalui Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak
Diingini) (No. 14) 2025 [P.U.(A) 204] berkuat kuasa pada 3 Julai kerana mungkin memudaratkan kemoralan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.
KDN berkata, pada masa yang sama, menerusi perintah itu, ia membolehkan masyarakat dilindungi dan memperoleh pendedahan serta kesedaran mengenai hasil-hasil penerbitan tidak diingini dan tidak sesuai untuk bacaan umum. – KOSMO! ONLINE
The post KDN warta Perintah Larangan terhadap dua penerbitan bahan bacaan appeared first on Kosmo Digital.