Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Polis menjalankan siasatan berhubung kes penyeluk saku yang didakwa mengakibatkan kerugian ribuan ringgit di Bukit Bintang di sini, bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pada 10 Oktober lepas.
“Saya sahkan laporan diterima dan polis sedang jalankan siasatan,” katanya ringkas hari ini.
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki dipercayai menyeluk saku dan mencuri dompet milik seorang wanita di kawasan Bukit Bintang, berhampiran lampu isyarat Lot 10.
Mangsa dilaporkan mengalami kerugian kira-kira RM8,200 melibatkan wang tunai berjumlah RM3,200 dan dua dinar syiling. – KOSMO! ONLINE
@fifiemarzuki9Tolong Share Ramai2 org ni ,area Bukit Bintang berhadapan dgn trafik light Lot 10,Jumlah Kerugiann RM8200 ,dalam Wallet ada 3200 cash dan 2 Dinar shiling.,Semoga Org ni kena tgkap Secepat Mgkin.Sebarang info sila hubung Balai Police Dang Wangi.TQ♬ original sound – Fifie Marzuki
The post [VIDEO] Dakwaan penyeluk saku di Bukit Bintang disiasat appeared first on Kosmo Digital.