Auto Added by WPeMatico

PAPAR – Seorang kanak-kanak perempuan ditemui maut selepas hampir 18 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan dalam tragedi tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul, Gana semalam.
Mangsa, Kemiey Asphereynda Benny, 10, yang juga korban terakhir ditemui pada pukul 8.45 malam sebelum berjaya dikeluarkan sepenuhnya pada pukul 1.48 pagi tadi.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi.
Terdahulu, ibu mangsa, Wong Moi Ling, 34, dan adiknya, Christen Kell Benny, 6, ditemui lebih awal masing-masing pada pukul 4.20 petang dan 4.25 petang semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Pisar Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 9.20 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi.
“Sebaik tiba, didapati tanah runtuh menghempap sebuah rumah dengan tiga mangsa dilaporkan tertimbus,” katanya dalam kenyataan media hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Tanah runtuh: Budak perempuan ditemui tertimbus selepas 18 jam pencarian appeared first on Kosmo Digital.