Auto Added by WPeMatico

KLUANG – Seorang murid tahun enam menemui ajal selepas lapan jam terbabit dalam kemalangan di Jalan Get dekat Paloh, di sini, kelmarin.
Mangsa berusia 12 tahun meninggal dunia pada pukul 9 malam, ketika sedang berehat di rumahnya di Johor Bahru akibat kecederaan di perut.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kematian murid Sekolah Kebangsaan Tiram Duku, Gelang Patah itu diketahui selepas bapanya membuat laporan polis pukul 2 pagi semalam.
Beliau berkata, dalam laporan itu, bapa mangsa memaklumkan anaknya menunggang motosikal terbabit kemalangan ketika ingin ke kedai.
“Siasatan mendapati, mangsa bersama ahli keluarga bertandang ke rumah bapa saudara di Jalan Tengah, Paloh untuk ziarah kematian.
“Sebaik tiba di lokasi motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar batu penghadang bahu jalan di sebelah kanan.
Mangsa dibawa oleh bapanya ke sebuah klinik swasta di Kluang dan Gelang Patah.
“Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk menerima rawatan lanjut, namun, bapanya enggan menghantar ke HSA sebaliknya dibawa pulang oleh ke rumah,” katanya.
Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE
The post Budak 12 tahun maut selepas tidak dihantar ke hospital appeared first on Kosmo Digital.