Auto Added by WPeMatico

![]()
PORT DICKSON – Selepas seminggu diburu, seekor buaya sepanjang kira-kira tiga meter dengan anggaran berat 300 kilogram (kg) berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan di Kuala Lukut, di sini hari ini.
Pengarah Perhilitan negeri, Faizal Izham Pikri berkata, reptilia yang belum dipastikan jantinanya itu berjaya ditangkap pada pukul 1.42 petang selepas operasi dijalankan susulan aduan diterima pihaknya pada pukul 1.20 pagi, 23 Jun lalu.
“Kita terpaksa keringkan tali air untuk menangkap reptilia itu. Pada masa itu, buaya berkenaan tidak terlalu agresif berkemungkinan sudah penat.
“Buaya itu dipindahkan ke fasiliti Jabatan Perhilitan di Paya Indah Wetland, Dengkil, Selangor bagi tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo, di sini hari ini.
Kosmo! Selasa lalu melaporkan, penduduk Kampung Nelayan Kuala Lukut hidup dalam kebimbangan selepas kelibat seekor buaya dipercayai mendiami kawasan muara sungai berhampiran perkampungan itu. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] Buaya 300 kg berjaya ditangkap selepas seminggu diburu appeared first on Kosmo Digital.
