Auto Added by WPeMatico


BESUT – Ahli kariah sebuah masjid gempar dengan penemuan seorang bayi perempuan yang dipercayai dibuang di pekarangan rumah ibadat itu di Kuala Besut di sini hari ini.
Bayi yang masih bertali pusat tersebut ditemui oleh seorang ahli kariah yang mahu menunaikan solat subuh berjemaah di masjid berkenaan pada pukul 5.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Rozaime Ab. Rahim berkata, siasatan awal mendapati bayi yang dibuang berkenaan telah dimasukkan ke dalam sebuah beg kain sebelum diletakkan di pekarangan masjid berkenaan.
“Pemeriksaan percaya bayi perempuan yang dibuang itu baru dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam.
“Bayi tersebut seterusnya dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Besut di sini dan keadaannya kini dilaporkan sihat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Mohd. Rozaime berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat kes buang bayi ini diharap tampil untuk membantu siasatan.
“Mereka boleh tampil di mana-mana balai polis terdekat atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di talian
09-6959999,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Buang bayi di pekarangan masjid appeared first on Kosmo Digital.
