Auto Added by WPeMatico

![]()
WASHINGTON – Lebih lapan tahun selepas Boeing mengadakan penerbangan sulung 737 MAX 7, pihak berkuasa aviasi Amerika Syarikat (AS) akhirnya memperakukan pesawat tersebut semalam.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengumumkan pensijilan untuk versi terkecil pesawat MAX satu lorong, proses yang sudah lama tertangguh disebabkan keperluan baharu di bawah perundangan persekutuan berikutan dua nahas maut 737 MAX pada 2018 dan 2019.
“Pensijilan penting ini mengesahkan ketelitian reka bentuk pesawat kami dan mengiktiraf keazaman serta daya tahan pasukan pembangunan 737 MAX kami,” kata Presiden Pesawat Komersial Boeing, Stephanie Pope.
Boeing pada asalnya berhasrat untuk memulakan penghantaran 737 MAX 7 dengan 172 tempat duduk maksimum itu pada 2019.
Boeing melakukan 441 ujian penerbangan selama 686 jam untuk mendapatkan pensijilan FAA. – AFP
The post 737 MAX 7 terima sijil perakuan selepas 8 tahun appeared first on Kosmo Digital.
