Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Situasi di Indonesia ketika ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelancong asing, termasuk rakyat Malaysia yang sepatutnya pergi ke republik itu atas urusan kerja mahupun bercuti.
Tinjauan di media sosial mendapati, rata-rata pengguna berbelah bahagi untuk meneruskan perjalanan ke negara terbabit kerana bimbang akan keselamatan diri masig-masing.
Seorang pengguna di laman Thread berkata, dia tidak tahu sama ada mahu meneruskan penerbangan ke Bandung susulan situasi di negara itu.
“Ada sesiapa di sini ada penerbangan ke Indonesia dalam masa terdekat? Saya akan ke Indonesia nanti, selamat ke nak pergi sana?
“Saya tengok Jakarta, Bandung semua tengah rusuhan. Malaysia Airlines pun tak keluar (notis) apa-apa lagi,” katanya.
Selain itu, seorang pengguna TikTok pula berkata, dia dan keluarganya terpaksa membatalkan perjalanan ke Bandung berikutan rusuhan berkenaan.
“Kami sekeluarga terpaksa batalkan pergi Bandung, ibu mertua cakap kena tunggu ‘refund’ tiga bulan ke atas atau kena tukar tarikh lain,” kata Liana.
Sementara itu, ada beberapa rakyat Malaysia yang baru pulang dari negara itu memaklumkan orang ramai yang mahu ke negara tersebut sebaiknya elak untuk berada berhampiran kawasan demonstrasi.
“Saya baru balik dari Jakarta, okey saja. Kalau nak ‘shopping’ dekat Jakarta Pusat tu. Masa demo tu jalan bertol ditutup tapi sesak luar biasa. Tanah Abang, Thamrin selamat,” kata Adli.
“Saya di Jakarta semalam, operasi kedai makan, ‘mall’ seperti biasa saja. Cuma kebanyakannya tutup awal menjelang pukul 5 petang. Tadi keluar pun dari pukul 8 pagi sampai 2 petang saja lepastu balik hotel,” kata Kees.
“Saya masih di Jakarta, sila pastikan pergi ke tempat yang selamat saja. Area Senayan jangan pergi,” pesan Nadira. – KOSMO! ONLINE
The post Rusuhan masih berlaku, pelancong Malaysia bimbang mahu ke Indonesia appeared first on Kosmo Digital.