Auto Added by WPeMatico

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengesahkan bahawa pasukannya tidak dapat menurunkan khidmat kapten mereka, Martin Odegaard pada aksi Liga Juara-Juara menentang Athletic Bilbao awal pagi esok.
Odegaard berdepan masalah kecederaan tersebut ketika The Gunners mencatat kemenangan 3-0 ke atas Nottingham Forest apabila terlibat dengan pelanggaran bersama pemain lawan, Morgan Gibbs-White serta rakan sepasukannya, Jurrien Timber.
Arteta mengesahkan bahawa kecederaan bahu yang dialami Odegaard itu adalah masalah sama yang dihadapi pemain itu sebelum cuti rehat antarabangsa lalu.
Situasi berkenaan menyebabkan Arteta percaya bahawa pemain berkenaan mungkin tidak dapat disenaraikan ketika berdepan Bilbao di San Mames awal pagi esok untuk memberikan peluangnya untuk pulih.
“Ia kecederaan sama dialaminya sebelum ini. Dia tidak selesa untuk meneruskan aksi ketika menentang Forest sebelum ini. Jadi, kami terpaksa menunggu laporan penuh daripada doktor.
“Saya percaya dia akan berusaha keras untuk cergas menjelang aksi menentang Bilbao nanti, tetapi saya akan mendapatkan nasihat daripada pasukan perubatan mengenai tahap kecederaan itu,” katanya.
Mengulas mengenai sama ada kecederaan itu menyebabkan Odegaard memerlukan proses pembedahan dan terpaksa berehat lama, Arteta menolaknya.
“Saya tidak fikir ia sampai ke tahap itu (pembedahan). Saya bukan pakar, tetapi pasukan perubatan tidak terlalu menjurus ke arah itu dan ia sangat melegakan,” jelasnya. – AGENSI
The post UCL: Arsenal tempang hilang Odegaard appeared first on Kosmo Digital.