Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Berikut merupakan antara kes penjawat awam yang dikesan melakukan kesalahan di media sosial dan dikenakan tindakan tatatertib:
Kes 1: Komen menghina pimpinan/agensi dengan memuat naik komen menghina pemimpin atau agensi kerajaan.
Tindakan: Surat tunjuk sebab, amaran keras, pemantauan prestasi.
Pengajaran: Media sosial peribadi tetap tertakluk etika penjawat awam.
Kes 2: Komen politik terbuka
Pegawai memberi komen provokatif semasa musim pilihan raya.
Tindakan: Turun gaji setahun, sekatan penggunaan platform rasmi jabatan.
Pengajaran: Penjawat awam perlu berkecuali dalam politik.
Kes 3: Menyebarkan malumat dalaman
kerajaan sehingga tular.
Tindakan: Digantung sementara siasatan, turun pangkat.
Pengajaran: Penyebaran dokumen dalaman adalah pelanggaran integriti serius.
Kes 4: Video memalukan sambil mengenakan uniform rasmi dengan memuat naik video menari semasa waktu kerja.
Tindakan: Kehadiran disemak semula, amaran terakhir sebelum pembuangan.
Pengajaran: Uniform dan simbol perkhidmatan awam mesti dihormati.
Kes 5: Fitnah ketua jabatan di media sosial
dengan menuduh ketua melalui kenyataan tidak berasas dalam kumpulan sembang media sosial.
Tindakan: Kontrak tidak disambung, rekod kesalahan kekal dalam fail perkhidmatan. – KOSMO! ONLINE.
The post Lima kes biadab orang ‘gomen’ di media sosial appeared first on Kosmo Digital.