Auto Added by WPeMatico

![]()
DUNGUN – Seekor beruang matahari jantan ditemui mati dipercayai akibat dirempuh sebuah kenderaan di Jalan Bukit Besi-Dungun, berhampiran Kampung Paya Kemudi, di sini malam tadi.
Haiwan liar seberat kira-kira 90 kilogram itu ditemui mati oleh pengguna jalan raya pada pukul 8 malam.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pemeriksaan mendapati beruang matahari berkenaan mengalami kecederaan pada bahagian kepala.
“Kita percaya haiwan liar ini dilanggar kenderaan sewaktu sedang melintas jalan. Kecederaan dialami beruang matahari ini terutama pada bahagian kepala agak parah,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini.
Kean Seong berkata, bangkai haiwan dilindungi terbabit telah diambil empat anggota Perhilitan dan beliau menasihatkan pengguna jalan raya berhati-hati sewaktu melalui kawasan berhampiran dengan habitat haiwan liar. – KOSMO! ONLINE
The post Beruang matahari mati dilanggar appeared first on Kosmo Digital.