Auto Added by WPeMatico

![]()
MELAKA – Seorang lelaki berstatus suami orang sanggup mengaku telah bercerai selepas dicekup berkhalwat di sebuah hotel bajet di Melaka Raya di sini, awal pagi semalam.
Lelaki terbabit dan pasangannya yang berusia 30-an ditahan kira-kira pukul 2 pagi oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Serbuan tersebut turut dikongsikan oleh agensi berkenaan di platform TikTok.
Menurut jurucakap JAIM, ketika disoal siasat, lelaki terbabit mengaku baru sahaja bercerai, manakala wanita terbabit mendakwa masih bujang.
“Bagaimanapun semakan lanjut mendapati dia masih berstatus suami orang dan tiada apa-apa hubungan sah dengan wanita terlibat.
“Susulan itu, mereka ditahan di bawah kesalahan Seksyen 53 Enakmen Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman atau berkhalwat yang menimbulkan syak,” katanya.
Kedua-duanya individu terbabit dibawa ke pejabat JAIM untuk tindakan seterusnya yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali. – KOSMO! ONLINE
The post Suami orang mengaku duda panik dicekup berkhalwat appeared first on Kosmo Digital.
