Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Azman menarik perhatian netizen apabila secara terbuka memuat naik pencarian jodoh di aplikasi Threads.
Dalam perkongsian ringkas, Azman menyapa pengikut dengan ucapan salam dan memperkenalkan dirinya sebagai seorang sebagai duda.
Katanya, kini dia bertugas sebagai seorang doktor perubatan di sebuah hospital kerajaan.
“Assalamualaikum. Saya Azman, duda. Asal Kelantan dan bekerja di Kelantan. Mencari isteri. Profesion doktor gomen (kerajaan).
“Harapnya sudi untuk berkenalan. Boleh WhatsApp jika sudi,” tulisnya.
Perkongsian tersebut turut menjadi bualan netizen dan ada yang menganggap pendekatan Azman berani dalam mencari pasangan.
“Sekurang-kurangnya dia berani, terus terang dan tahu apa yang dia mahukan,” komen seorang pengguna.
Tidak kurang juga yang bergurau mengatakan akan ada ramai wanita bakal mendekati lelaki tersebut disebabkan kerjaya dimiliki.
“Mesti ramai yang ‘DM’ lepas ni. Doktor pula tu, rebut cepat!,” seloroh Hetty.
“Dr. umur berapa? Kawan saya ada yang single (bujang) kerja ‘staf nurse’,” komen Cahaya.
Sementara itu, ada juga yang tampil memperkenalkan diri sebagai tanda sudi berkawan dengan Azman.
“Saya Syamila dari Sungai Petani, Kedah. Dah pernah berkahwin dan bekerja sebagai seorang guru tadika. Harap sudi berkawan,” tulis Mila. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Saya duda asal Kelantan, doktor gomen…harap sudi berkenalan’ appeared first on Kosmo Digital.