Auto Added by WPeMatico

PELAKON Fasha Sandha mengakui kerjaya sebagai selebriti membataskan masanya bersama keluarga terutama anak-anak.
Menurut Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 41, perkara tersebut pernah mendorong hatinya untuk tidak lagi meneruskan kerjaya sebagai penggiat seni.
“Kadang-kadang rasa nak berhenti berlakon sebab masa memang tidak cukup.
Tetapi ini adalah minat saya. Ibu sayang anak-anak ibu, Rayfal, Jemyma dan Aisha. Ibu minta maaf ,” katanya dalam Instagram.
Dia juga tidak terlepas dihantui rasa bersalah terhadap anak-anak yang adakalanya sukar melepaskannya untuk bekerja.
“Ibu minta maaf bekerja terlalu keras dan harap dapat luangkan masa yang lebih banyak dengan awak, sayang (Aisha Amaira)
Inilah akibat selalu keluar waktu Subuh, anak masih tidur dan balik tengah malam dan mereka sudah tidur,” katanya lagi.
Dalam perkongsian sama, dia turut berkongsi video memaparkan anak perempuannya, Aisha Amaira yang menangis dan tidak mahu melepaskannya keluar bekerja.
Aisha merupakan anak hasil perkahwinan Fasha bersama pelakon, Aidil Aziz.
Sebelum itu, Fasha juga memiliki dua orang cahaya mata lain iaitu Putra Rayfal, 12, dan Putri Raysha Jemyma, 11, hasil perkahwinan dengan Rizal Ashram Ramli. – HIBGLAM
The post ‘Rasa nak berhenti berlakon, ibu minta maaf…’ appeared first on HibGlam.