Auto Added by WPeMatico

![]()
BEIJING – Seorang lelaki yang didakwa ditangkap curang oleh isterinya melarikan diri melalui tingkap sebuah hotel dan bergayut pada papan tanda bangunan dengan hanya memakai seluar dalam berwarna terang, lapor laman berita Mothership hari ini.
Menurutnya, insiden yang berlaku di bandar Hangzhou, wilayah Zhejiang, timur China itu membuatkan orang ramai tergamam menyaksikan perbuatan pelik lelaki itu.
Menurut portal berita setn.com, lelaki itu memanjat dinding luar sehingga sampai pada papan tanda tersebut.
Dia kemudian bergayut pada papan tanda yang tertera aksara Mandarin, ‘Boyu’.
Saluran berita ftvnews.com melaporkan, paparan tersebut mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen, dengan ramai yang bergurau bahawa lelaki itu menjadi sensasi dalam sekelip mata.
Sebilangan netizen juga berkata, risiko untuk ditangkap meningkat jika seseorang berlaku curang di hotel dalam bandar.
Mereka menasihati lelaki itu supaya belajar memanjat batu (rock climbing) terlebih dahulu sebelum curang. – AGENSI
The post ‘Boxer’ terang lagi, suami curang bergayut pada papan tanda appeared first on Kosmo Digital.