Auto Added by WPeMatico

VADUZ – Pasukan Belgium mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri selepas melakar kemenangan bergaya 6-0 ke atas Liechtenstein dalam aksi Kumpulan F kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Rheinpark, awal pagi tadi.
Pada perlawanan itu, Youri Tielemans yang dilantik sebagai kapten baharu Red Devils meledak dua gol dengan empat lagi jaringan disumbangkan oleh Malick Fofana Maxim De Cuyper, Arthur Theate dan Kevin De Bruyne.
Keputusan tersebut menyaksikan Belgium terus memberi tekanan kepada pendahulu Kumpulan F, Wales selepas mengutip tujuh mata selepas mengharungi tiga perlawanan.
Tielemans mengakui sangat gembira apabila dapat menunjukkan contoh yang baik di atas padang pada aksi rasmi pertama sebagai kapten baharu pasukan.
“Saya sangat gembira apabila diberi kepercayaan oleh jurulatih untuk memakai lilitan kapten. Ini adalah detik yang paling membanggakan kerana antara lima nama pemain senior, saya yang dipilih.
“Tanggungjawab yang diberikan ini telah menaikkan lagi motivasi saya untuk berikan yang terbaik dan tidak mengubah personaliti saya di atas padang dan di luar padang,” kata pemain Aston Villa itu. – KOSMO! ONLINE
The post Belgium pamer keyakinan berpesta gol appeared first on Kosmo Digital.