Auto Added by WPeMatico

SUNGAI GOLOK, THAILAND – Seorang bekas penjara gol Kelantan FA yang merupakan suspek dalam kes menembak rakyat Malaysia dengan 18 das tembakan di Kampung Bering, Sungai Golok dekat Thailand kelmarin menyerah diri kepada pihak polis malam tadi.
Menurut Jurucakap Balai Polis Sungai Golok, lelaki berusia awal 30-an itu menyerah diri di Balai Polis Sungai Golok dekat sini pada malam tadi dengan membawa dua pucuk pistol.
“Siasatan lanjut mendapati, suspek mempunyai dua kerakyatan. Dua pucuk pistol dibawa bersamanya ke balai polis dipercayai senjata api yang digunakan semasa kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang isteri yang sarat mengandung hanya mampu memeluk jenazah suaminya yang ditembak sebanyak 18 das oleh dua lelaki yang dikenalinya di depan rumah mereka di Kampung Bering, Sungai Golok dekat Thailand kelmarin.

Kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu berlaku di depan mata Wan Fatihah apabila melihat suaminya, Mohd. Fuad yang merupakan peniaga beg terpakai secara dalam talian sedang memasang kamera televisyen tertutup (CCTV) di kawasan rumah. – KOSMO! ONLINE
The post Bekas penjaga gol Kelantan FA suspek kes tembak Sungai Golok serah diri appeared first on Kosmo Digital.