Auto Added by WPeMatico

TEL AVIV – Tiga kawasan di Israel termasuk Tel Aviv diserang hebat pagi ini (waktu tempatan) dalam gelombang serangan peluru berpandu dari Iran, dengan sekurang-kurangnya 23 orang cedera.
Beberapa bangunan rosak teruk di kawasan Ramat Aviv, Tel Aviv, manakala sejumlah lubang terbentuk di dinding blok pangsapuri.
“Rumah-rumah di sini telah diserang dengan teruk,” kata Datuk Bandar Tel Aviv, Ron Huldai kepada pemberita di tempat kejadian.
Polis Israel berkata dalam satu kenyataan bahawa pasukannya telah dikerahkan ke sekurang-kurangnya dua lokasi serangan lain, satu di Haifa dan satu lagi di Ness Ziona, selatan Tel Aviv.
Sebuah dataran awam di kawasan perumahan Haifa berselerak dengan sisa runtuhan, manakala kedai serta rumah di sekitarnya rosak teruk.
Ketua perkhidmatan penyelamat Magen David Adom, Eli Bin memberitahu pemberita bahawa 23 orang cedera di seluruh Israel dalam serangan itu.
Dua gelombang peluru berpandu dilancarkan ke arah Israel dari sekitar pukul 7.30 pagi waktu tempatan), kata tentera Israel.
Siren berbunyi di seluruh Israel dengan pertahanan udara diaktifkan tidak lama selepas itu, menyebabkan letupan kuat kedengaran di Tel Aviv dan Baitulmuqaddis.
Polis Israel melaporkan serpihan senjata jatuh di kawasan utara yang merangkumi pelabuhan Haifa, di mana pihak berkuasa tempatan berkata, perkhidmatan kecemasan sedang menuju ke ‘tapak insiden’.
Serangan itu berlaku selepas Amerika Syarikat (AS) mengebom tiga tapak nuklear Iran, termasuk kemudahan pengayaan uranium bawah tanah di Fordow, yang mencetuskan kecaman antarabangsa. – AFP
The post Israel dibedil peluru berpandu Iran tanpa henti appeared first on Kosmo Digital.