Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Tindakan pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah berjaya menyelamatkan seorang wanita yang berada di aras bumbung sebuah residensi di ibu negara, kelmarin.
BBP Hang Tuah menggerakkan sepasukan anggota sejurus menerima panggilan kecemasan melalui sistem NG999 berhubung kejadian.
“Setiba di lokasi, pasukan mendapati terdapat seorang wanita hendak terjun dari aras tinggi di lokasi berkenaan.
“Pasukan bomba kemudian menilai lokasi serta memasang jaring keselamatan di aras bawah,” katanya dalam kenyataan.
Mangsa kemudian berjaya diselamatkan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya. – KOSMO! ONLINE
The post Bomba selamatkan wanita ‘duduk’ di bumbung residensi appeared first on Kosmo Digital.
