Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Penulis blog Papagomo didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pertuduhan gagal mengemas kini maklumat berdaftar apabila perniagaannya digunakan untuk tujuan penerimaan sumbangan daripada orang awam membayar ganti rugi saman yang dikenakan terhadapnya.
Bagaimanapun Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, 42,
mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dihadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan.
Mengikut pertuduhan, OKS didakwa selaku individu yang bertanggungjawab ke atas perniagaan sebuah syarikat telah menjalankan perniagaan tersebut tanpa mengemukakan perubahan terhadap butir-butir berdaftar syarikat berkenaan yang didaftarkan adalah jenis perniagaan barangan runcit dan pengurusan majlis.
Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 24 Oktober 2017 hingga 30 November 2017 mengikut kesalahan di bawah kaedah 17A(1)(b) Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12A Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Anas Mahadzir memohon jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, peguam Muhammad Amirul Ar-Rasyid memohon jumlah ikat jamin itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya merupakan penanggung utama keluarga serta mempunyai beberapa kes saman lain.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan OKS diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin.
Mahkamah kemudian menetapkan 30 Januari depan bagi sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE
The post Papagomo nafi gagal kemas kini maklumat perniagaan appeared first on Kosmo Digital.