Auto Added by WPeMatico

JOHOR BAHRU – Satu lagi kejadian gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di Semerah, Batu Pahat dekat sini hari ini.
Menerusi mesej pemberitahuan di Google, kejadian gempa lemah 3.0 magnitud itu dikesan pada pukul 1.57 tengah hari tadi.
Kejadian terbaharu ini adalah yang ketujuh melanda Johor selepas enam siri gegaran berlaku di daerah Segamat.
Kosmo! bagaimanapun sedang menunggu pengesahan daripada Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berhubung maklumat ini.- KOSMO! ONLINE
The post Gempa bumi ketujuh di Johor, berpusat di Semerah, Batu Pahat appeared first on Kosmo Digital.