Auto Added by WPeMatico

![]()
SHAH ALAM – Penyedia ekosistem automotif, syarikat Bateriku.Com meneruskan kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan mewujudkan program rekruitmen dan rakan afiliasi di Kolej Meranti pada 15 November ini.
Menurut Bateriku.com, pihaknya berharap para pelajar UiTM dapat menyertai program yang memberi manfaat kepada kerjaya untuk jangka masa panjang, terutama dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) serta perniagaan.
“Program ini merupakan kesinambungan kerjasama strategik antara Malaysian Academy of SME Development (MASMED) UiTM dan Bateriku yang berlangsung selama tiga tahun.
“Kerjasama ini dijana hasil Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani kedua pihak bagi memperkasa pelajar UiTM dalam bidang keusahawanan automotif dan digital,” katanya dalam kenyataan di sini, baru-baru ini.
Bateriku.com berkata, kerjasama itu membuka ruang kepada pelajar UiTM untuk menjana pendapatan sendiri bersama Bateriku di samping belajar memburu kelayakan akademik.
Tambahnya, pelajar yang berminat menjadi usahawan dalam bidang membekal dan menyelenggara bateri seharusnya merebut peluang keemasan tersebut.
“Kelebihan program ini ialah kita menyediakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan perlindungan insurans.
“Latihan teknikal turut disediakan oleh Bateriku selain latihan keusahawanan oleh MASMED UiTM kepada pelajar yang layak,” ujarnya.
The post Bateriku.com buka peluang kepada pelajar UiTM jana pendapatan appeared first on Kosmo Digital.