Auto Added by WPeMatico

![]()
JASIN – Seorang pemandu bas sekolah direman selama tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki memaksa seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun melakukan perbuatan seksual di dalam pengangkutan itu, Selasa lalu.
Perintah reman sehingga 11 Februari itu dikeluarkan oleh Majistret Mazana Sinin terhadap suspek berusia 50 tahun bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.
Menurut sumber, kejadian itu terbongkar pada malam Selasa lalu selepas ibu mangsa yang juga seorang guru mengesan perubahan sikap anaknya sebelum meminta remaja berkenaan menceritakan perkara yang dipendam.
“Remaja itu akhirnya mendedahkan bahawa ketika menaiki bas sekolah untuk pulang ke rumah dan selepas semua pelajar lain diturunkan, suspek telah membawanya ke sebuah kawasan di Kesang sebelum memberhentikan bas di tepi jalan.
“Suspek kemudian mengunci pintu bas dan memaksa mangsa melakukan perbuatan seksual sebelum menghantarnya pulang,” katanya.
Tambah sumber itu lagi, ibu mangsa berusia 39 tahun kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kesang, malam tadi.
“Polis turut mengeluarkan Borang Pol 59 kepada mangsa bagi tujuan pemeriksaan lanjut di Hospital Melaka manakala suspek ditahan bagi permohonan reman hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Pemandu bas sekolah direman, disyaki paksa pelajar buat aktiviti tidak senonoh appeared first on Kosmo Digital.