Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Seramai lima mangsa termasuk dua kanak-kanak cedera ringan dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan serta dua bas persiaran di Jalan Hang Tuah berhampiran Bukit Bintang, di sini, semalam.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur (PGOKL) menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 pada pukul 10.49 malam.
Katanya, seramai 13 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dan bantuan BBP Pudu digerakkan ke lokasi kejadian.
“Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Che Mohd. Solehuddin Che Jusoh, kemalangan melibatkan kereta jenjs Toyota Vios, Nissan Almera, Hyundai Staria dan Honda City, serta dua bas persiaran.
“Kemalangan turut melibatkan lima orang mangsa, terdiri daripada dua lelaki dewasa, dua kanak-kanak serta seorang wanita dewasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PGOKL berkata, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan rawatan awal di Hospital Kuala Lumpur.
Tambahnya, tindakan susulan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk siasatan. – KOSMO! ONLINE
The post Lima cedera, 4 kenderaan, dua bas kemalangan di Bukit Bintang appeared first on Kosmo Digital.