Auto Added by WPeMatico

KEADAAN kesihatan penyanyi Britney Spears semakin membimbangkan apabila didakwa tinggal di kediaman yang dipenuhi kekotoran termasuk najis anjing.
Menurut sumber, banglo sewaan yang didiami sendirian bersama anjing peliharaannya itu dikatakan tidak pernah dibersihkan hingga mengundang bau meloyakan.
Sahabat dan keluarga terdekatnya dilaporkan bimbangkan kondisi kesihatan mental serta fizikalnya yang dipercayai semakin kronik.
Selepas menang kes mahkamah melibatkan bapanya pada 2021, pelantun lagu Toxic itu bebas melakukan apa sahaja, namun hakikatnya dia masih berhadapan tekanan perasaan.
“Rumahnya bersepah seperti dilanda taufan, tiada siapa melakukan kerja pembersihan. Najis anjing merata-rata. Dia tidak berfungsi sebagai individu dewasa,” kata sumber.
Beberapa tahun kebelakangan ini, penyanyi berusia 43 tahun itu kerap membuatkan peminat bimbang apabila melakukan banyak perkara pelik termasuk menari dengan memegang pisau selain berbogel.
Kebanyakan video yang dirakam dan dikongsikan sendiri Spears di rumahnya di kawasan elit di Thousand Oaks, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) juga menampakkan ruang bersepah.
The post Rumah Britney Spears penuh dengan najis anjing appeared first on Kosmo Digital.