Auto Added by WPeMatico

![]()
SETIU – Hasrat seorang peniaga wanita mahu meraih komisyen lumayan daripada penjualan barangan berjenama bukan sahaja tidak kesampaian, malah dia pula kerugian RM52,235 akibat diperdaya sindiket penipuan atau scammer.
Wanita berusia 43 tahun yang menyedari tertipu tersebut telah membuat laporan berhubung kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu di sini pada semalam.
Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, pada mulanya, peniaga terbabit tertarik dengan iklan tawaran menjual barangan berjenama yang dilihatnya di Internet.
“Mangsa ditawarkan keuntungan kononnya 50 peratus daripada penjualan barangan berjenama berkenaan.
“Dia yang berminat telah membuat pembayaran pendahuluan seperti diminta suspek,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Mohd. Zain berkata, wanita berkenaan telah membuat pembayaran RM52,235 yang diarahkan.
Beliau berkata, pembayaran tersebut dilakukan menerusi pindahan ke empat bank berbeza diberi suspek.
“Mangsa hanya menyedari tertipu apabila tidak mendapat bekalan barangan berjenama dijanjikan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Bayar RM52,235 tapi barang jualan tak dapat appeared first on Kosmo Digital.