Auto Added by WPeMatico

![]()
SHAH ALAM – Isteri Allahyarham Amirul Hafiz Omar nekad membuka perniagaan kecil-kecilan di Perak bagi memastikan kelangsungan hidup dan masa depan tiga anaknya.
Nur Nadia Abdul Majid, 32, berkata, dia yang kini hilang punca pendapatan utama perlu kuat dalam membuka lembaran baru selain hasratnya juga pernah dimaklumkan kepada arwah suaminya sebelum ini.
Menurutnya, perniagaan itu bukan sekadar sumber rezeki, malah menjadi cara untuk mengekalkan semangat arwah suami dalam kehidupan mereka sekeluarga.
“Selain membuat simpanan wang untuk anak, saya pernah memberitahu arwah mahu membuka kedai bundle di kampung.
“Arwah sentiasa sokong apa saja yang saya buat. Kini, saya di Shah Alam untuk mahu menyelesaikan semua urusan termasuk pertukaran sekolah anak,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Pangsapuri Ken Rimba di sini, hari ini.
Terdahulu, ibu kepada tiga anak itu menerima ziarah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan yang menyerahkan sumbangan wang tunai dan bantuan persekolahan daripada beberapa agensi agama Islam.
Nur Nadia berkata, arwah sememangnya sentiasa berpesan supaya bersedia sekiranya kehilangannya pada satu hari nanti.
Dalam pada itu, kata Nur Nadia, keluarga pemandu berkenaan belum menemuinya untuk memohon maaf atas kejadian berkenaan setakat ini.-KOSMO! ONLINE.
The post Balu Amirul Hafiz nekad buka perniagaan demi anak appeared first on Kosmo Digital.
