Auto Added by WPeMatico

![]()
SEREMBAN – Keluarga mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin, 47, telah reda dan berserah kepada Allah atas segala perbuatan yang telah dilakukan pelaku kes sehingga meninggalkan kesan mendalam kepada mereka.
Adik Jahidah, Fauziah, 44, berkata, dia bersyukur selepas Mahkamah Tinggi Johor hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas abang iparnya, Rosmaini Abd. Raof, 42.
Terdahulu media melaporkan Hakim Mahkamah Tinggi Johor, Atan Mustaffa Yusoff Ahmad menolak rayuan Rosmaini dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada 9 Disember tahun lalu.
Mahkamah membenarkan permohonan pemohon menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dengan syarat iaitu jaminan bercagar RM25,000 dengan seorang penjamin dan pemohon melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan, sehingga rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya selesai.
Sementara itu menerusi Facebook @Fauziah Nordin, dia melahirkan rasa kecewa dan yakin doa orang dizalimi akan diangkat. – KOSMO! ONLINE
The post Keluarga Jahidah dah ‘move on’, biar Allah yang balas appeared first on Kosmo Digital.