Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA NERUS – Seorang pekerja kimpalan maut selepas ditindih bakul besi jengkaut ketika menjalankan tugas di tapak projek pembinaan pemecah ombak di Pantai Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini, hari ini.
Kejadian yang meragut nyawa mangsa, Mohd. Rosli Awang, 54, berlaku pada pukul 9.48 pagi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sewaktu kejadian, Mohd. Rosli bersama seorang rakan sekerja sedang melakukan kerja mematri besi penyesuai pada bakul besi jengkaut terbabit.
“Bakul besi itu terbalik secara tiba-tiba lalu menimpa bahagian belakang mangsa. Rakan sekerjanya segera mengalihkan bakul namun mangsa sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Azli berkata, mayat Mohd. Rosli telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE
The post Pekerja projek pemecah ombak maut ditindih bakul besi jengkaut appeared first on Kosmo Digital.