Auto Added by WPeMatico

SEREMBAN – Sepasang suami isteri masing-masing didenda RM11,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyimpan daging Babi Bodoh dan dua burung Serindit, lima tahun lalu.
Hukuman itu diputuskan Hakim Mohamad Kamil Nizam selepas tertuduh Chau Thim Choy, 53 dan Ng Sui Ping, 52, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.
Sekiranya gagal membayar denda, kedua-dua tertuduh boleh dipenjara selama dua bulan.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh bersama-sama telah didapati menyimpan bahagian Babi Bodoh (Sus Barbatus) dan dan dua Serindit (Loriculus galgulus) tanpa permit khas dan lesen.
Haiwan berkenaan adalah hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua (babi bodoh) dan Jadual Pertama (serindit) Akta Pemulihan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Kedua-dua kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 3.55 petang di sebuah premis di Pekan Broga, Mantin pada 20 Ogos 2020.
Sehubungan itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 68(1) dan Seksyen 60(1)(a) Akta 716 dan boleh dihukum di bawah akta sama. – KOSMO! ONLINE
The post Suami isteri didenda RM11,000 simpan daging Babi Bodoh appeared first on Kosmo Digital.