Auto Added by WPeMatico
Syarat minimum RM15,000 boleh disemak jika kos haji berubah – TH

![]()
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memberitahu, jumlah RM15,000 yang ditetapkan sebagai simpanan minimum dalam bagi menentukan persediaan kewangan pendeposit bukan angka kekal dan ia boleh dikaji semula sekiranya kos menunaikan rukun Islam kelima itu berubah dengan ketara.
TH bagaimanapun berkata, buat masa ini tiada perubahan kepada jumlah itu dan RM15,000 kekal sebagai syarat simpanan minimum bagi mendapatkan kelayakan giliran mengerjakan haji.
“Seperti dasar jangka panjang, ketetapan itu boleh dikaji semula jika berlaku perubahan ketara dalam kos menunaikan haji atau faktor yang berkaitan.
“Sekiranya semakan diperlukan pada masa akan datang, penilaian akan dibuat lebih teliti mengambil kira keadaan semasa, kemampuan pendeposit serta kepentingan bakal jemaah,” katanya.
Dalam pada itu, TH turut memberi jaminan sebarang perubahan akan dimaklumkan lebih awal bagi memberi masa yang munasabah kepada pendeposit membuat persediaan sebelum jumlah baharu berkuat kuasa.
Syarat tersebut terpakai kepada pendeposit yang mahu mendapat atau mengekalkan kelayakan giliran haji tanpa pengecualian khusus berdasarkan umur, kumpulan pendapatan atau tempoh menunggu.
Ini termasuk warga emas, golongan B40 dan pendeposit yang sudah lama mendaftar dengan pendeposit sedia ada diberi tempoh peralihan sehingga 31 Disember 2028 untuk mencapai jumlah minimum berkenaan.
Syarat simpanan minimum RM15,000 mula diguna pakai pada 2025 bagi penerimaan surat tawaran haji, bertujuan membantu mengurangkan penangguhan tawaran kepada 18 peratus berbanding purata 50 peratus pada tahun-tahun sebelumnya.
The post Syarat minimum RM15,000 boleh disemak jika kos haji berubah – TH appeared first on Kosmo Online.
