Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Seorang lelaki Perancis berketurunan Maghribi berdepan ‘masalah besar’ sejak tinggal di negara ini apabila sering makan di awal pagi berikutan terdapat banyak restoran mamak beroperasi 24 jam.
Menerusi hantaran video pada TikTok Redadteach68, dia berkongsi sedang makan roti canai bersama rakannya di sebuah kedai makan mamak pukul 2 pagi.
“Ini masalah terbesar sejak tinggi di Malaysia. Hati-hati jika anda datang ke sini,” katanya pada kapsyen video berkenaan.
Pada video yang lain juga, lelaki itu turut memuat naik sedang makan di kedai makan di Malaysia pada waktu malam atau awal pagi, selain mencuba pelbagai kuih-muih tradisi di negara ini.
Menerusi ruangan komen, rakyat Malaysia terhibur dengan lelaki tersebut selain meninggalkan pelbagai komen berhubung situasi di negara ini.
“Dekat Malaysia selagi hang celik (buka mata), makan adalah nombor satu. Walau apa pun makan dulu,” komen pengguna TikTok Lucknut.
“Bila travel baru aku sedar. Kedai makan 24 jam bukan satu benda normal kat luar negara,” kata WWW.
“Ya masalah Malaysia terlalu banyak makanan sedap 24 jam,” kata Gideon Gan. – KOSMO! ONLINE
@redadteach68 This is the biggest problem I’ve had since living in Malaysia Be careful if you come here!
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ ٱلَّذِي رَزَقَنِي مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِّنِّي وَلَا قُوَّةٍ#redaenmalaisie #fromfrancetomalaysia #makan #malaysia #food ♬ Salam Terakhir – ◦•●◉✿
![]()
![]()
![]()
✿◉●•◦
The post [VIDEO] ‘Masalah Malaysia banyak makanan sedap 24 jam’ appeared first on Kosmo Digital.