Auto Added by WPeMatico

NEW YORK – Sebuah asteroid gergasi dengan saiz dianggarkan hampir menyamai bangunan pencakar langit di New York, diramal menghampiri atau melintasi Bumi hari ini, lapor laman berita Fox News semalam.
Asteroid yang secara rasmi dinamakan 2025 FA22 itu dijangka meluncur melepasi Bumi pada kelajuan lebih 38,600 kilometer sejam dan diramal mengulanginya pada tahun 2089 dan 2173.
Asteroid tersebut berukuran antara 130 hingga 290 meter, iaitu hampir menyamai saiz sebuah bangunan pencakar langit yang besar.
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) serta Agensi Angkasa Eropah (ESA) mengesahkan bahawa ia tidak menimbulkan sebarang ancaman segera ke atas Bumi.
Asteroid itu kini dikeluarkan daripada senarai risiko perlanggaran dengan Bumi.
Ahli-ahli astronomi mula mengesan 2025 FA22 pada Mac lalu menggunakan teleskop khas di Hawaii. – AGENSI
The post Asteroid sebesar bangunan pencakar langit lintasi Bumi hari ini appeared first on Kosmo Digital.