Auto Added by WPeMatico

KUANTAN – Ketua Polis Daerah Alor Gajah Asisten Komisioner Ashari Abu Samah dilantik sebagai Ketua Polis Kuantan baharu berkuatkuasa hari ini.
Ashari menggantikan Senior Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat polis Kontinjen Perak.
Majlis serah terima tugas antara Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Mohd Adli Mat Daud dan Ashari disaksikan Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan hari ini.
Ashari sebelum ini pernah menjawat jawatan Ketua Polis Cameron Highlands pada 2018 sebelum menjadi Ketua Polis Wangsa Maju pada 2024 dan menjadi Ketua Polis Alor Gajah pada 2024.
Ashari yang telah 25 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, kenaikan pangkat dalam pertukarannya kali ini datang dengan amanah dan tanggungjawab besar dalam menjalankan tugas dengan baik.
“PDRM satu pasukan dan saya akan pastikan kerja secara berpasukan yang baik seperti sebelum ini diteruskan,”katanya di sini hari ini.
Sementara itu Yahaya berkata, dia menaruh keyakinan pengalaman luas yang dimiliki Ashari dapat memimpin pegawai dan anggota IPD Kuantan dengan baik, cemerlang dan terpuji.
Katanya, kenaikan pangkat atas pelantikan sebagai ketua polis Kuantan itu datang bersama dengan amanah besar yang perlu dilaksanakan dengan baik.- KOSMO! ONLINE
The post Ashari Abu Samah dilantik Ketua Polis Kuantan appeared first on Kosmo Digital.