Auto Added by WPeMatico

![]()
LONDON – Arsenal berkunjung ke Burnley malam ini berbekalkan keyakinan tinggi selepas mencatat empat kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), namun Bukayo Saka mengingatkan rakan sepasukan supaya tidak terlalu ghairah.
Skuad kendalian Mikel Arteta kini kekal di puncak liga dengan rekod mengagumkan, hanya bolos sekali dalam empat aksi terakhir dengan Saka dan Leandro Trossard terus menjadi nadi utama dalam rentak kemenangan berterusan itu.
“Saya sudah tiga tahun bersaing memburu kejuaraan dan semuanya berakhir di tempat kedua. Yang penting bukan sekarang, tapi bulan April nanti. Sekarang masa untuk bina momentum dan kekal konsisten,” kata Saka.
Bagaimanapun, Arsenal masih berdepan krisis kecederaan melibatkan Gabriel Jesus, Kai Havertz dan Martin Odegaard, manakala William Saliba serta Declan Rice dilapor belum cergas sepenuhnya.
Arteta dijangka mengekalkan barisan yang menewaskan Brighton minggu lalu sambil berharap pasukannya mampu mengekalkan tekanan terhadap pencabar terdekat seperti Manchester City dan Liverpool.
Burnley pula di bawah bimbingan Scott Parker sedang bergelut keluar daripada zon bahaya, meskipun menang dramatik ke atas Wolverhampton minggu lalu, mereka masih kekal di tangga ke-16 liga.
Saka menegaskan The Gunners tidak boleh memandang rendah cabaran lawan yang sedang berjuang demi terus bertahan, manakala Arteta yakin skuadnya tetap fokus biarpun dihimpit jadual padat. – AGENSI
The post EPL: Arsenal bawa aura pendahulu ke Burnley appeared first on Kosmo Digital.